dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 9 Fasa 10, Putrajaya
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Cashless Society @ NADI Presint 9 Fasa 10

2 Julai 2026 | Aktiviti Terkini

NADI Presint 9 Fasa 10 telah berjaya menganjurkan Program Cashless Society yang bertujuan memberi pendedahan kepada komuniti mengenai kepentingan penggunaan transaksi tanpa tunai dalam kehidupan seharian

Program ini menampilkan sesi taklimat yang menerangkan konsep dan ekosistem cashless society, termasuk cara menggunakan kaedah pembayaran digital yang lebih mudah, cepat, selamat dan efisien. Peserta turut didedahkan dengan pelbagai platform pembayaran digital serta manfaatnya dalam urusan harian

Selain itu, peserta juga diberikan pendedahan berkaitan amaran scam dan aspek keselamatan siber bagi meningkatkan kesedaran serta membantu mereka mengenal pasti taktik penipuan dalam talian yang semakin berleluasa. Pengisian ini bertujuan melahirkan pengguna digital yang lebih celik teknologi dan berwaspada ketika melakukan transaksi dalam talian

Bagi memeriahkan program, pertandingan mewarna turut diadakan sebagai aktiviti sampingan yang berjaya menarik penyertaan kanak-kanak dan mewujudkan suasana program yang lebih interaktif serta mesra keluarga.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2024 Semua Hakcipta Terpelihara.